Aktiviti & Berita

PROGRAM PENYERAHAN ANUGERAH RESTORAN @ KAFE DAN TANDAS AWAM (KATEGORI STESEN MINYAK & PASARAYA) TERBERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI BANDARAYA IPOH YANG KE-36

  • Utama
  • Media Center
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM PENYERAHAN ANUGERAH RESTORAN @ KAFE DAN TANDAS AWAM (KATEGORI STESEN MINYAK & PASARAYA) TERBERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI BANDARAYA IPOH YANG KE-36
27 Ogos 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Program Penyerahaan Anugerah Restoran @ Kafe dan Tandas Awam (Kategori Stesen Minyak & Pasaraya) Terbersih Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh bersempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh Yang Ke-36 pagi tadi.

Sambutan Hari Bandaraya Ipoh disambut pada 27 Mei setiap tahun. Pada tahun ini, Sambutan Ulang Tahun Hari Bandaraya Ipoh adalah yang ke-36 sejak tahun 1988.
Bersempena sambutan ini, Majlis Bandaraya Ipoh telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti untuk anggota serta wargakota dan antaranya adalah Pertandingan Restoran @ Kafe & Tandas Awam (Kategori Stesen Minyak & Pasaraya) Terbersih Tahun 2024 yang terbuka kepada semua penguasaha premis makanan, stesen minyak serta pasaraya yang dilesenkan oleh majlis.

Objektif pertandingan ini adalah ;

i) Untuk meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan keceriaan restoran, kafe dan kedai makan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya ipoh;

ii) Untuk memberi peluang kepada pemilik premis supaya bersaing secara sihat di dalam kalangan mereka untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan premis makanan;

iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas awam serta memberikan pengiktirafan kepada tandas premis makanan dan tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) selaras dengan seruan Menteri Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT);

iv) Menjadikan Bandaraya Ipoh dalam usaha mewujudkan sektor baru perniagaan berteraskan pelancongan gastronomi iaitu aktiviti yang melibatkan makanan tempatan dan budaya makanan unik sebagai destinasi menjamu selera yang bersih dan selamat serta menjadi kebanggaan wargakota Ipoh dan seterusnya membantu mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023 serta Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

v) Membantu merealisasikan Ipoh sebagai Bandaraya Pelancongan Utama Negara.

Dalam program pertandingan ini, sebanyak 14 premis makanan dan 12 premis tandas awam swasta meliputi stesen minyak dan pasaraya telah mengambil bahagian. Proses penilaian dan pemilih telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada 3 orang wakil Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh pada 13 Ogos 2024 dan 20 Ogos 2024 yang lalu

Bagi Pertandingan Restoran @ Kafe Terbersih Tahun 2024, Pemenang Tempat Pertama ialah Restoran People Park Sdn Bhd dan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00 berserta sijil penghargaan. Manakala pemenang Tempat Kedua ialah Restoran Tandoor Grill (JMJ Food & Beverages Sdn Bhd) telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 berserta sijil penghargaan dan pemenang Tempat Ketiga ialah Restoran Brother & Sisters Food Hub Sdn Bhd telah menerima hadiah wang tunai sebnyak RM500.00 berserta sijil penghargaan. Manakala 7 premis lagi menerima hadiah sagu hati wang tunai RM 250.00 berserta sijil penghargaan.

Untuk Pertandingan Tandas Awam Terbersih Tahun 2024 bagi Kategori Stesen Minyak, pemenang Tempat Pertama ialah (Shell) Bahakhi Petromart, Jalan Hospital yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00 berserta sijil penghargaan. Untuk pemenang Tempat Kedua dimiliki oleh (Shell) Kinta Urus Sdn Bhd, Susuran Lebuhraya Utara (Meru) yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 berserta sijil penghargaan dan seterusnya pemenang Tempat Ketiga ialah (Shell) DN Petromart Jalan Kuala Kangsar menerima hadiah wang tunai sebanyak RM750.00 berserta sijil penghargaan. Manakala 3 premis stesen minyak yang menyertai pertandingan ini telah menerima hadiah sagu hati wang tunai RM250.00 berserta sijil penghargaan.

Seterusnya bagi Pertandingan Tandas Awam Terbersih Tahun 2024 bagi Kategori Pasaraya pula, pemenang Tempat Pertama dimiliki oleh Aeon Mall Ipoh Klebang yang telah membawa hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00 berserta sijil penghargaan. Pemenang Tempat Kedua ialah Aeon Ipoh Station 18 yang telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 berserta sijil penghargaan dan bagi pemanang Tempat Ketiga ialah Aeon Mall Kinta City, Ipoh yang telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM750.00 berserta sijil penghargaan. Manakala 3 premis pasaraya yang menyertai pertandingan ini telah menerima hadiah sagu hati wang tunai RM250.00 berserta sijil penghargaan.

Unit Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh telah meningkatkan aktiviti pemantauan Establisymen Makanan bagi memastikan tahap kebersihan dari aspek premis makanan, penampilan diri pengendali makanan, tempat penyediaan makanan serta kemudahan tandas supaya mencapai sasaran BMW ( Bersih, Menawan Dan Wangi) bagi memenuhi kehendak pelancong supaya sentiasa bersih dan selamat.

Bagi tahun 2024, sehingga bulan Julai, sebanyak 981 premis restoran, kafe dan tempat makan yang telah dinilai dan digredkan melalui borang pemeriksaan dan penggerdan premis makanan berdasarkan garis panduan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Unit Kesihatan Am, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap tandas awam milik swasta iaitu pada tahun 2024 sehingga bulan Julai sebanyak 119 buah tandas stesen minyak, 81 buah tandas premis pasaraya, dan 35 buah tandas premis hotel telah diperiksa dan diberi penarafan bintang.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Y.Bhg. Datuk Bandar Ipoh menyatakan bahawa Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh akan terus meningkatkan aktiviti pemantauan dan penilaian premis makanan dan juga tandas pusat tumpuan awam di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh untuk mendorong para pemilik premis sentiasa memahami dan mematuhi syarat - syarat perniagaan yang dikeluarkan, meningkatkan tahap kebersihan premis, memberi pendidikan kesihatan dan info berkaitan aktiviti atau program melibatkan premis perniagaan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.
Melalui program seperti ini pihak majlis berpeluang mengetengahkan / mempromosikan premis – premis perniagaan yang bersih disamping menjadi penandaaras (Benchmark) kepada premis makanan dan bukan makanan yang lain.
Adalah menjadi harapan majlis supaya program seperti ini boleh mendorong penglibatan dan penyertaan premis makanan, stesen minyak dan pasaraya yang lain di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh untuk menyertai Pertandingan Restoran @ Kafe dan Tandas Awam Terbersih bagi edisi akan datang.
Orang awam, pelancong dan pemegang lesen perniagaan premis makanan boleh mengekses sistem MyGred MBI di pautan http://mygred.mbi.gov.my untuk menyemak status kebersihan premis makanan yang dikunjungi. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan premis makanan yang bersih kepada pengunjung dan pelancong.

Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera.

IMG 20240827 WA0140
IMG 20240827 WA0141
IMG 20240827 WA0142
IMG 20240827 WA0143
IMG 20240827 WA0144
IMG 20240827 WA0145
IMG 20240827 WA0146
IMG 20240827 WA0147
IMG 20240827 WA0152
IMG 20240827 WA0153
IMG 20240827 WA0154
IMG 20240827 WA0155
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:30/08/2024| Visitors Count :5101805