Aktiviti & Berita

MAJLIS UNDIAN PASUKAN PERTANDINGAN PESTABOLA BANDAR RAYA PIALA DATUK BANDAR IPOH 2024

24 Ogos 2024-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Undian Kumpulan pasukan – pasukan yang akan bertanding di dalam Pertandingan Pestabola Bandaraya Piala Datuk Bandar Ipoh 2024 petang tadi.

Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu program sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh yang ke-36, tahun 2024. Ianya akan diadakan pada 14hb dan 15hb September 2024 bertempat di Stadium Perak dan Stadium Ragbi Perak, Ipoh. Ini merupakan tahun ke-2 berturut - turut pertandingan ini diadakan.

Terdapat 2 kategori yang akan dipertandingkan dalam Pestabola Bandar Raya Piala Datuk Bandar Ipoh 2024 ini iaitu kategori bawah 12 tahun dan kategori bawah 13 tahun. Sebanyak 32 pasukan akan bertanding dalam kategori bawah 12 tahun dan 8 pasukan jemputan dalam kategori bawah 13 tahun.

Pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini datang dari pelbagai negeri selain dari negeri Perak iaitu dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang dan yang paling jauh sekali dari selatan tanahair iaitu dari negeri Johor. Dengan kehadiran pasukan dari pelbagai negeri ini, ianya turut mempromosi pelancongan melalui aktiviti sukan sejajar dengan Tahun Melawat Perak 2024 dan seterusnya dapat menjana ekonomi setempat.

Perlawanan akhir bagi kedua – dua kategori ini akan diadakan pada 15hb September 2024 (Ahad), jam 8.00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan yang akan menjadi juara bagi kategori bawah 12 tahun akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00 berserta piala iringan dan medal manakala bagi kategori bawah 13 tahun pula akan menerima hadiah wang tunai RM2,000.00 berserta piala iringan dan juga medal.

IMG 20240826 WA0033
IMG 20240826 WA0034
IMG 20240826 WA0035
IMG 20240826 WA0036
IMG 20240826 WA0037
IMG 20240826 WA0038
IMG 20240826 WA0039
IMG 20240826 WA0040
IMG 20240826 WA0041
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:30/08/2024| Visitors Count :5101805