Aktiviti & Berita

BENGKEL PENAMPILAN PROFESIONAL DAN KOMUNIKASI BERKESAN BERSAMA CUTECARRY

27 Jun 2024 - Kira-kira 100 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Penampilan Profesional dan Komunikasi Berkesan Bersama CuteCarry yang diadakan Ipoh Convention Centre (ICC).

Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula 26 Jun itu merupakan anjuran Unit Komunikasi Strategik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Korporat dan Kelab Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN).

Acara penutup program berkenaan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Rumizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

Hadir sama pada program tersebut Puan Saidatul Akma Binti Jamaludin, Pengarah Kanan-Kewangan MBI.

Selain anggota MBI, turut terlibat menjayakan bengkel berkenaan adalah anggota dari agensi kerajaan, GLC dan swasta antaranya Amanjaya Holdings & Ventures Sdn Bhd, Puncak Emas Sdn Bhd, Far East Gas Engineering Sdn Berhad, Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

Bengkel Penampilan Profesional dan Komunikasi Berkesan yang dikelolai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry, Encik Hafiz bin Mustapha itu diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengenalpasti, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik bagi menjaga imej sejajar bagi menerajui urus tadbir secara strategik dan inovatif.

Selain daripada itu, Ianya juga dapat membantu memantapkan kemahiran peserta dalam komunikasi ketika berurusan atau berhadapan dengan pelanggan dan mempamerkan etiket dan kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi syarikat.

Program seumpama ini diharap dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang demi malemantapkan lagi urus tadbir sesebuah organisasi agar menjadi lebih produktif, cekap, kreatif serta meningkatkan imej korporat.

449102500 852988833520305 8143429612320310073 N 1
449118620 852988966853625 107351333795695942 N
449132881 852989090186946 7949586952666296896 N
449146483 852989360186919 1408968120774560733 N
449165946 852989296853592 2111567750145770734 N
449168563 852989240186931 1177071192070335353 N
449200668 852989426853579 4097091042761903580 N
449213124 852989703520218 925425162181946013 N
449214196 852989493520239 8097674066176559349 N
449214981 852989740186881 7784335262685763852 N
449223876 852989640186891 3058989057109543057 N
449244248 852989170186938 1680180067073913087 N
449339374 852989826853539 7054466379600869746 N
449382336 852989040186951 5334934560762540861 N
449384052 852989576853564 5962792731348702138 N
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:03/07/2024| Visitors Count :5102306