Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN DEWAN BANDARAN & PEJABAT POS LAMA

25 Jun 2024 - YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah menyaksikan Penyerahan Kunci Bangunan Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama pagi tadi.

NCIA telah menyerahkan Kunci Bangunan Dewan Bandaran kepada MBI. MBI telah diwakili oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh manakala NCIA pula diwakili oleh Encik Fauzan bin Ismail, Ketua Wilayah NCIA Perak dan Pulau Pinang.

MBI pula telah menyerahkan Kunci Pejabat Pos Lama kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. MBI telah diwakili oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh manakala LPSVN pula diwakili oleh Encik Amerrudin bin Ahmad
Ketua Pengarah, Lembaga Pembangunan Seni Visual.

Pelaksanaan projek Ipoh Heritage Tourism (IHT) Package 2 (Ipoh Townhall and Old Post Office) merupakan hasrat Kerajaan Negeri Perak dalam meningkatkan tarikan pelancong ke bandar raya Ipoh. Projek ini adalah kesinambungan projek Ipoh Heritage Tourism Package 1A (Ipoh Padang) dan package 1B (Kinta Riverwalk) yang telah siap pada 8 Mac 2022 yang lalu.

Objektif pembangunan ini adalah bagi menarik taraf kemudahan pengunjung dan pelancong di kawasan tumpuan pelancongan warisan di Ipoh yang terletak di kawasan Ipoh Old Town serta menjadikan kawasan Ipoh Old Town sebagai kawasan tarikan pelancong yang berpotensi untuk dijadikan kawasan tumpuan tersebut berdekatan dengan kemudahan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis.

Pelaksanaan projek IHT pakej 2 ini telah dibiayai dan dilaksanakan oleh pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) yang telah bermula pada 22 November 2022 dan siap dilaksanakan pada 20 Mei 2024. Projek ini melibatkan kerja-kerja pemuliharaan, baikpulih dan naiktaraf bangunan Ipoh Town Hall sebagai pusat persembahan seni serta kerja-kerja pemuliharaan, baikpulih dan naiktaraf bangunan Old Post Office sebagai galeri karya-karya seni dan digital.

Projek ini juga antara projek yang mempergiatkan lagi industri muzik di Ipoh memandangkan Ipoh telah diiktiraf dalam senarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik pada tahun 2023.

448699072 850811187071403 2606412203829148605 N
448706583 850811103738078 2171497456220082525 N
448709030 850811050404750 8513448657005922260 N
448715284 850810927071429 4677308516961505111 N
448732276 850810913738097 5422841911380452483 N
448736954 850811200404735 8404607512547713269 N
448745608 850811013738087 7461544313744454778 N
448765033 850810963738092 6370390156538617397 N
449057066 850810977071424 8014854795651635975 N
449130292 850811250404730 4305184831989588070 N
449137856 850811163738072 1517432274580403383 N
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:03/07/2024| Visitors Count :5102306