25 Jun 2024-Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan Program Hari Bertemu Pelanggan di Ruang Legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.
Ia telah dihadiri oleh wakil dari pelbagai jabatan, bahagian dan unit di MBI.
Melalui program ini, wargakota Ipoh boleh mendapatkan maklumat tepat, menyalurkan aduan serta mengemukakan permohonan dalam mencari solusi permasalahan yang dihadapi.