Aktiviti & Berita

MAJLIS RAMAH MESRA DATUK BANDAR IPOH BERSAMA KETUA BIRO MEDIA

24 Jun 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah meraikan Ketua-Ketua Biro Media dalam Majlis Ramah Mesra Datuk Bandar Ipoh bersama Ketua Biro Media di Hotel M Roof petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin,
Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Encik Ayub bin Sahar, Timbalan Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn. Bhd mewakili Pengurus Besar, Encik Karim bin Sadiran, Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Puan Nur Hanim binti Mohamed Khairuddin,
Pengurus Besar PORT, Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi,
Pengetua SMK Raja Perempuan Ipoh (RPS), Puan Hajjah Saidatul Akma binti Jamaluddin, Pengarah Kanan (Kewangan), Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Amin Aki, wakil Hotel M Roof, Rosli Mansor dan Sayed Hisham, wakil Ketua Biro Media, Rakan Strategik dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Majlis anjuran MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn Bhd diatur khas bagi meraikan rakan media massa.

Hubungan erat antara MBI, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd bersama rakan media massa akan terus berkekalan demi kesejahteraan Bandaraya Ipoh.

Ia secara tidak langsung juga akan memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Program anjuran bersama MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn Bhd tidak terhenti di majlis ini sahaja tetapi akan diteruskan dalam Malam Media MBI 2024 pada 10 Ogos 2024.

Majlis Malam Media MBI 2024 pada kali ini adalah julung-julung kalinya akan menampilkan 8 Anugerah Media. Anugerah media tersebut terdiri daripada:

1) Anugerah Laporan Berita TV Terbaik;
2) Anugerah Laporan Khas TV Terbaik;
3) Anugerah Laporan Berita Terbaik;
4) Anugerah Rencana Terbaik;
5) Anugerah Jurufoto Terbaik;
6) Anugerah Juruvideo Terbaik;
7) Anugerah Wartawan Terbaik;
8) Anugerah Khas.

Penyertaan akan mula dibuka dari 1 hingga 31 Julai 2024 dan ia berkisar kepada laporan, berita atau rencana mengenai Majlis Bandaraya Ipoh dan Bandaraya Ipoh dari tahun 2023 sehingga kini.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Puncak Emas Infra Sdn. Bhd yang telah bersama MBI dalam penganjuran majlis ini dalam menghargai peranan media di Bandaraya Ipoh khususnya negeri Perak amnya. Beliau berharap lebih banyak lagi syarikat seperti MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn Bhd dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada rakan media massa.

Pada masa yang sama, Datuk Bandar turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Negeri Perak, SMK Raja Perempuan Ipoh (RPS), M Roof Hotel, Perodua Kiam Fatt Motor Sdn Bhd, Pertubuhan Kebajikan A2Z, Syarikat Edsha Solution Sdn Bhd, Syarikat Biovisma Sdn Bhd, Syarikat Thowlee Recycle Sdn Bhd, Syarikat Tetra Pak (M) Sdn Bhd dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang telah menjadi rakan strategik MBI dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat khususnya Program MBI Prihatin.

Beliau juga berharap lebih banyak lagi syarikat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), hotel dan sekolah dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh dan Bandaraya Ipoh.

Rakan Media di Bandaraya Ipoh juga pada setiap tahun sentiasa membuat liputan bagi menggalakkan lebih banyak lagi pihak untuk tampil menyumbang serta menaja program-program berfaedah demi kesejahteraan wargakota Ipoh.

Semoga majlis pada petang ini akan terus mengeratkan hubungan antara MBI dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd bersama Ketua-Ketua Biro Media Perak.

448718588 851002097052312 8752090643220580295 N
448730178 851001897052332 548397819692889507 N
448735168 851002033718985 2288107210921766245 N
448737528 851002317052290 8639453117429228433 N
448737608 851002190385636 3256953571555198237 N
448765559 851002357052286 5433687136804157013 N
448767003 851001973718991 5812680929930506743 N
448813685 851002070385648 8102685845508187045 N
448813685 851002070385648 8102685845508187045 N 1
448827715 851002330385622 1529398419832165981 N
448866932 851002113718977 5996785109163810603 N
448890697 851002013718987 7133959061127232322 N
449133791 851002223718966 2919470208797268113 N
449135018 851002157052306 3910396631354025867 N
449141636 851002427052279 1278543973873787405 N
449142732 851002130385642 1959958231602011495 N
449143145 851001940385661 9058422281185006458 N
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:03/07/2024| Visitors Count :5102306