Aktiviti & Berita

YB TUAN STEVEN CHAW KAM FOON, ADUN MENGLEMBU TELAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PASAR MALAM “WATERFRONT CITY” DI LAHAT MINES

  • Utama
  • Media Center
  • Aktiviti & Berita
  • YB TUAN STEVEN CHAW KAM FOON, ADUN MENGLEMBU TELAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PASAR MALAM “WATERFRONT CITY” DI LAHAT MINES
12 Oktober 2024 - YB Tuan Steven Chaw Kam Foon, ADUN Menglembu telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Malam “Waterfront City” di Lahat Mines petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Chen Jian Cong, Ahli Majlis MBI Zon Menglembu bersama Encik M.Raman A/L Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya MBI.

Tahniah kepada Persatuan Pasar Pagi dan Pasar Malam Ipoh Perak diatas kejayaan membuka satu lagi tapak pasar malam baharu menjadikan jumlah pasar malam dibawah penganjuran persatuan kepada 9 tapak pasar malam.

Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Sabtu di Jalan Lahat Mines berdekatan WATERFRONT CITY, Lahat Mines, Ipoh. Pasar malam bermula sejak November 2023 dengan 120 petak dan 80 peniaga yang telah diberi lesen oleh MBI.

Pasar malam yang ke-9 ini diuruskan dibawah pengurusan Encik Wong Kok Hoe yang bukan satu nama baharu dalam pengurusan dan operasi pasar malam di bawah MBI. Pengalaman beliau dan persatuannya membuka tapak baharu, pengendalian yang baik, mengekalkan momentum jualan telah banyak membantu peniaga kecil disekitar MBI dalam meningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Justeru itu, MBI akan sentiasa memberikan dokongan dan sokongan diatas usaha murni ini selagi ia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MBI.

Semoga usaha murni persatuan dan peniaga pasar malam ini akan terus maju dan berjaya.

IMG 20241014 WA0060
IMG 20241014 WA0061
IMG 20241014 WA0062
IMG 20241014 WA0063
IMG 20241014 WA0064
IMG 20241014 WA0065
IMG 20241014 WA0066
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:18/10/2024| Visitors Count :5103680