Aktiviti & Berita

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MBI (OSH WEEK)

31 Julai 2023 - Y.Bhg. Dato' Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI telah mewakili Datuk Bandar Ipoh merasmikan Majlis Sambutan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBI (Osh Week) 202 di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai OSH Week adalah satu acara tahunan yang disambut pada bulan Julai setiap tahun bermula tahun 2006. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan bagi menjayakan sambutan minggu KKP. Sambutan ini bertujuan bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan serta mempromosi budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan kalangan majikan, pekerja dan orang awam.

Tema Sambutan OSH Week tahun ini adalah Persekitaran Kerja Yang Selamat dan Sihat Merupakan Hak Asasi (A Safe and Healthy Working Enviroment – A Fundamental Right) selari dengan tema Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2023. Ini merupakan usaha berterusan dan komitmen pihak pengurusan Majlis sejajar dengan teras pelan strategik Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021 – 2025 (OSHMP25).

Tema OSH Week dipilih selaras dengan ketetapan bersama di dalam International Labour Conference 2012 untuk bekerja di persekitaran yang selamat dan sihat sebagai salah satu daripada hak asasi pekerja.

Dalam ucapannya, Dato' Azizul Kama memaklumkan pihak Majlis dengan nasihat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah melaksanakan pelbagai program bagi tujuan tersebut. Antara program yang diadakan adalah Penilaian Risiko Bahan Kimia, Penilaian Terhadap Bunyi Bising, Program Pemeriksaan Perubatan (Medical Surveillance), Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) dan Latihan Kebakaran. Program-program ini merupakan sebahagian daripada program di bawah tujuh teras strategik OSHMP25. OSHMP25 merupakan agenda negara yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja. Ini termasuk mengurangkan kadar kecederaan pekerjaan serta meningkatkan kesedaran kepentingan kawalan terhadap penyakit pekerjaan.

Menurut beliau lagi, dalam mendepani cabaran semasa dan akan datang, melalui Pelan Strategik Teras 3 iaitu jaminan hak keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial pekerja yang secara khusus menyokong usaha-usaha ke arah keselamatan dan kesihatan anggota Majlis yang mantap dan berdaya saing. Ini juga adalah selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menitikberatkan kesejahteraan pekerja.

Dalam mendokong pelaksanaan pelan strategik OSHMP25, pengurusan Majlis telah mempunyai seramai 26 orang pengamal KKP iaitu Koordinator Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) terlatih (trained person) yang berfungsi membantu majikan bagi memenuhi kehendak perundangan KKP. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan Majlis amat komited dan prihatin dalam memastikan setiap kehendak perundangan yang telah ditetapkan adalah dipatuhi sepenuhnya oleh setiap pihak yang terlibat.

Semoga dengan penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif di MBI akan memastikan warga MBI dapat menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat.

363835509 659808599504997 5060325632223662555 N
364184946 659809056171618 28729176275563935 N
364634919 659808709504986 7109207743165306632 N
364639484 659808446171679 5542560944883310045 N
364680089 659808436171680 3334917552764154511 N
364686073 659808972838293 7875051237404377141 N
364699282 659808412838349 7498274257272663520 N
364703178 659808676171656 8132145782667057945 N
364708181 659808749504982 6490788054222463406 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5581241