21 Mac 2025 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Y.Bhg. Dato' Kamalludin bin Ismail, Pengarah. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Kos Sara Hidup Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Program Jualan Rahmah Madani MBI di Ruang Parkir MBI pagi tadi.
Sebelum mengadakan lawatan, Y.Bhg. Dato' Kamalludin bin Ismail telah mengadakan kunjung hormat menemui Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud.
Semoga penganjuran program ini akan memberi peluang kepada anggota Majlis serta wargakota Ipoh untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan sebagai usaha pihak pengurusan untuk meringankan beban kewangan anggota Majlis dan wargakota Ipoh dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.