21 Mac 2025 - Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI telah menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat MBI 1446H/2025M pagi tadi.
Ia dianjurkan bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.
Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam MBI.Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Al Fadhil Tuan Haji Kamaruddin bin Adam, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perak selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.
Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini akan dapat mengisi pelbagai program bermanfaat kepada warga MBI yang beragama Islam.
Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup kepada manusia.