26 Mac 2025 - Tuan Mazlan bin Md.Noor, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat menemui Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh pagi tadi.
Selepas itu, Tuan Mazlan bin Md.Noor telah menyampaikan sesi Taklimat Refreshal Keselamatan Perlindungan kepada Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan / Unit MBI.