IPOH, 17 MAC 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Stadium Perak, di sini.
Keberangkatan baginda pada jam 4.20 petang diiringi oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Turut hadir, YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh serta ketua-ketua jabatan negeri.
Dalam kunjungan tersebut, baginda berkenan melawat gerai-gerai di bazar Ramadan yang meriah dengan kehadiran orang ramai sambil membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa, antaranya nasi beriani kambing, takoyaki, sate, dan apam balik.