Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN 2025

19 Mac 2025-Y.Bhg. Dato,' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2025 pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y Bhg. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Bandaraya Ipoh.

Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 228 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai dan pelbagai barangan hebat yang berjumlah keseluruhan RM 100,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama merupakan sebuah kereta Perodua Bezza 1.0 G. Ini merupakan tahun kedua pihak Majlis menawarkan semula hadiah cabutan bertuah berupa barangan berbanding empat tahun lepas yang hanya menawarkan wang tunai sahaja susulan daripada pendamik Covid-19.

Pada 6 Mac 2025 yang lalu, pihak Majlis telah melaksanakan 228 cabutan bertuah secara digital bagi mengetahui wargakota yang berjaya menjadi pemenang, dan pada pagi ini pihak Majlis telah mengadakan cabutan khas sekali lagi sebanyak 28 cabutan bagi menentukan pemilik hadiah-hadiah Utama yang ditawarkan.

Untuk makluman, Majlis telah merekodkan 131,272 bil dengan catatan jumlah bayaran sebanyak RM 60.79 juta. Pembayaran ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik Bil Setahun Cukai Taksiran yang diperkenalkan serta Cabutan Bertuah yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab dengan pembayaran bil cukai taksiran ini serta sokongan padu yang berterusan dari warga kota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat MBI menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.


480490738 1037055748446945 8718877810375197816 N
480559673 1037055791780274 949192341230482592 N
480940135 1037055741780279 2553702469810735745 N
480941856 1037055708446949 7617952790371466530 N
480964867 1037055785113608 4871424093277926710 N
485660766 1037055701780283 1227998627353608306 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 25/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5563522