24 Mac 2025 (ISNIN) Seramai 17 penjaja telah dijemput menghadiri Sesi Taklimat Dan Undian Tapak MyKiosk Tapak Niaga Sejahtera Madani@Jumbo Jet yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti MBI di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Setiusaha Bandaraya Tuan Ahmad Munir bin Ishak , Ahli Majlis iaitu Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Mohamad, Encik Mohd Syazlan bin Isa Suffian, Pengarah Kewangan Bandaraya, Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Penguatkuasaan Bandaraya, Encik M. Raman, Pengarah Kesihatan Bandaraya dan PMgr Sr. Azlin binti Alang Ismail, Pengarah Pengurusan Fasiliti.
Sebelum undian tapak dan penyerahan Surat Tawaran dilaksanakan, semua penjaja telah diberikan taklimat seperti berikut:
1) Taklimat Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Dan Syarat-Syarat Tapak Niaga Sejahtera Madani@Jumbo Jet Oleh Encik M.Raman, Pengarah Kesihatan Bandaraya;
2) Taklimat Syarat-sayarat Penyewaan oleh PMgr Sr. Azlin binti Alang Ismail, Pengarah Pengurusan Fasiliti
3) Taklimat Kebersihan Persekitan dan Pengurusan Sisa Pepejal oleh wakil PTS
4) Taklimat Syarat-Syarat Pelesenan oleh wakil PPL
Para penjaja diberi tempoh 14 hari utk memberi maklumbalas terhadap Surat Tawaran yg diberikan. Semoga MyKiosk yg disediakan di Jumbo Jet ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.