Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH SERTAI MAJLIS PERASMIAN TOMORROW CITY SHANGHAI 2026, PERKUKUH AGENDA BANDAR PINTAR

Shanghai, China, 22 September 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini menghadiri Majlis Perasmian Tomorrow City Shanghai 2026 yang berlangsung di Zhangjiang Hall, Shanghai, China.

Majlis perasmian yang berlangsung itu menghimpunkan delegasi Malaysia bersama pemimpin, pakar serta wakil bandar dari pelbagai negara dalam membincangkan hala tuju pembangunan bandar pintar, inovasi teknologi dan tadbir urus bandar masa hadapan.

Antara pengisian utama ialah sesi ucaptama bertajuk “Malaysia’s Smart City Development and Future” yang disampaikan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program diteruskan dengan Global Leadership Award Ceremony – World Smart City Awards: Belt and Road Region, diikuti High Level Roundtable on Global Smart City Development yang menampilkan wakil serta pemimpin bandar dari beberapa negara bagi berkongsi pengalaman dan pendekatan berkaitan pembangunan bandar pintar.

Turut berlangsung ialah Launch Ceremony bagi inisiatif “World Tomorrow City Community – Digital City Glocalization (GLOCAL) Cooperation Initiative” serta pelancaran “2026 Global City Challenges & Opportunities List”.

Penyertaan YBhg. Datuk Bandar Ipoh bersama delegasi Malaysia dalam program antarabangsa berkenaan memberi ruang kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan teknologi bandar pintar, pendigitalan perkhidmatan, mobiliti pintar dan pembangunan bandar mampan.

Ia juga menjadi platform untuk memperluas jaringan kerjasama serta pertukaran pengetahuan dengan pihak berkuasa tempatan, pakar dan penyedia penyelesaian bandar pintar dari peringkat antarabangsa, selaras dengan aspirasi MBI dalam memperkukuh pembangunan Ipoh sebagai sebuah bandar yang pintar, mampan, berdaya huni dan sejahtera.

Dalam rangka program hari ini, YBhg. Tuan Zamakhshari turut dijadual menyertai sesi perbincangan tertutup berkaitan Smart Mobility, selain menghadiri beberapa program jaringan bersama delegasi pihak berkuasa tempatan Malaysia.

795465538 1513009550851560 3263703551892635575 N
795494485 1513009270851588 1093281426226979672 N
795494491 1513009507518231 2684697691738186282 N
795494502 1513009140851601 4594837915437844783 N
795668537 1513009327518249 7122776321045463547 N
797341651 1513008994184949 3155772137195441520 N
797653410 1513009360851579 584383317586254801 N
797698875 1513009300851585 7299856172492076006 N
799364419 1513009000851615 58986314507547733 N
817543317 1513009390851576 3402475263826944812 N
817543319 1513009487518233 8714863825474392469 N
817664331 1513009227518259 8421139928440790295 N
818335309 1513009424184906 3621957925609272509 N
818479733 1513009444184904 440991880826265211 N
818654702 1513506804135168 5468668532680615940 N
819237490 1515506987268483 9012290439208321784 N
819237490 1515506987268483 9012290439208321784 N 1
817519975 1513009397518242 3499722109756598319 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7175952