Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TERLIBAT DALAM SESI UNDIAN LIGA SEPAK TAKRAW UNTUK GRAND PRIX PULAU PINANG

Ipoh, 21 Oktober 2026- YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah diberi penghormatan untuk terlibat dalam sesi undian Liga Sepak Takraw (STL) untuk Grand Prix (GP) Pulau Pinang, yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.

Kehadiran Datuk Bandar Ipoh, adalah sebahagian daripada penglibatan aktif beliau bersama Persatuan Sepak Takraw Perak (PERSEDAR) dan Astro dalam menjayakan penganjuran sirkit pembukaan kejohanan berprestij tersebut.

Sesi ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan sokongan terhadap sukan sepak takraw serta meningkatkan keterujaan menjelang berlangsungnya saingan GP dalam STL.

GP Pulau Pinang bagi saingan CelcomDigi STL Premier 2026 akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 1 November 2026 di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ia merupakan pusingan kedua bagi siri GP Liga Premier musim ini.

WhatsApp Image 2026 10 21 At 125808
WhatsApp Image 2026 10 21 At 125820
WhatsApp Image 2026 10 21 At 125820 123
WhatsApp Image 2026 10 21 At 1258211 222
WhatsApp Image 2026 10 21 At 125821 122
WhatsApp Image 2026 10 21 At 125821 1222
WhatsApp Image 2026 10 21 At 125822 2223
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7277207