Aktiviti & Berita

DIALOG BELANJAWAN 2027 NEGERI PERAK MEDAN PERKONGSIAN IDEA DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

Ipoh, 30 September 2026 – Kerajaan Negeri Perak meneruskan pendekatan inklusif dalam merangka hala tuju pembangunan negeri menerusi penganjuran Dialog Belanjawan 2027 Negeri Perak Darul Ridzuan, yang menghimpunkan pelbagai pihak bagi berkongsi pandangan, idea dan cadangan dalam penyediaan Belanjawan Negeri Perak 2027.

Program berkenaan dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, yang turut menyampaikan rumusan pada akhir sesi dialog.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir dalam program berkenaan sebagai tanda sokongan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terhadap usaha Kerajaan Negeri memperkukuh perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, mampan dan berorientasikan keperluan rakyat.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Pembentangan Kajian Belanjawan 2027 Negeri Perak oleh TPr. Dr. Zulqarnain Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), diikuti dengan sesi dialog dan perkongsian idea bersama para peserta.

Sesi tersebut menjadi platform penting untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai keutamaan pembangunan negeri, di samping mengenal pasti isu serta keperluan semasa yang boleh diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan Negeri Perak 2027.

Penganjuran dialog ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk mengamalkan pendekatan libat urus dalam proses perancangan pembangunan, sekali gus memastikan dasar dan inisiatif yang dirangka dapat memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030.

MBI sentiasa bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri serta agensi berkaitan dalam menjayakan agenda pembangunan negeri, khususnya dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan perbandaran dan meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup warga bandar raya Ipoh.

827511044 1529532659199249 7429816763709383452 N
828343716 1529532619199253 5298641832180635919 N
829459879 1529532612532587 8963037047850756199 N
829508420 1529532669199248 5117608189733649905 N
829587123 1529532782532570 769412284943922118 N
829659061 1529532582532590 2866186913334415056 N
831067328 1529532712532577 3153880246123141613 N
831167407 1529532775865904 3697489268085697084 N
831543504 1529532732532575 1193909924082761548 N
832528609 1529532589199256 6307391628211262632 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7189786