Kuala Lumpur, 27 Oktober 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya berkenan menyempurnakan pelancaran buku Univer-Cities: Combatting Existential Climate Change- Volume V di Universiti Malaya, hari ini.
Turut berkenan berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Buku terbitan World Scientific Publishing dan disunting oleh Prof. Anthony SC Teo ini setebal 168 halaman, mengetengahkan isu perubahan iklim serta kepentingan kerjasama strategik dan perkongsian ilmu dalam menangani cabaran alam sekitar.
Usai majlis pelancaran, baginda turut berkenan melawat pameran Legacy in Canvas: A Tribute to Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Hadir sama pada program itu, YBhg. Tan Sri Zarinah binti Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya; YBhg. Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan bin Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya; YBhg. Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin, Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan turut hadir YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.