Aktiviti & Berita

INVESTPERAK APPRECIATION DINNER 2026 HARGAI SUMBANGAN RAKAN STRATEGIK DAN PEMEGANG TARUH

Ipoh, 20 Ogos 2026 – InvestPerak menganjurkan “InvestPerak Appreciation Dinner 2026” di Casuarina Convention Centre (CCC), Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, sebagai tanda penghargaan kepada rakan strategik, agensi kerajaan, pemain industri serta para pemegang taruh yang telah memberikan sokongan dan kerjasama berterusan dalam memperkukuh agenda pelaburan serta pembangunan ekonomi negeri Perak.

Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama barisan tetamu kenamaan, wakil agensi kerajaan, komuniti perniagaan, pemain industri serta rakan-rakan strategik InvestPerak.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menghargai sumbangan dan komitmen semua pihak, malah turut mencerminkan iltizam InvestPerak untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan dan sektor swasta.

Hubungan erat serta sinergi yang berterusan antara semua pemegang taruh merupakan antara elemen penting dalam memperkukuh daya saing Perak sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi, mesra pelabur dan kondusif untuk pertumbuhan perniagaan.

InvestPerak yakin bahawa kerjasama yang kukuh antara sektor awam dan swasta akan terus menjadi pemangkin dalam usaha menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti ekonomi serta menyokong pembangunan negeri Perak yang mampan dan inklusif.

Majlis penghargaan ini sekali gus memperteguh komitmen InvestPerak untuk terus memainkan peranan sebagai penghubung strategik antara Kerajaan Negeri dan komuniti pelaburan dalam menjayakan aspirasi pembangunan ekonomi Perak.

778874033 1456536743165508 4621619435570722300 N
778938612 1456536753165507 5075193712580422755 N
780212030 1456536543165528 657803185291668649 N
780424776 1456536653165517 7109561727268205808 N
780775477 1456536693165513 1077092790651026788 N
780919284 1456536593165523 5553512735977970628 N
782518234 1456536683165514 9106498074943813602 N
783220490 1456536659832183 7128057335514506330 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7060127