Ipoh, 23 Oktober 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kunjungan tersebut diketuai oleh YBrs. Puan Haslinda binti Mohammad Tajudin, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan JPA, bersama Encik Abdul Halim bin Ahmad dan Puan Nor Emmizah binti Zakaria, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA.
Turut hadir mewakili Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ialah Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Khidmat Pengurusan, dan Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Perkhidmatan Komuniti.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara MBI dan JPA, di samping mempererat kerjasama serta perkongsian kepakaran dalam pemantapan tadbir urus perkhidmatan awam yang berkesan.
Semoga pertemuan ini memperkukuhkan lagi sinergi antara kedua-dua pihak ke arah pemerkasaan penyampaian perkhidmatan awam.