Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AUDIT NEGERI PERAK KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 14 September 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Audit Negeri Perak, Encik Abd Aziz bin Che Daud, bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Pertemuan berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik serta jalinan kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Audit Negara Negeri Perak, khususnya dalam aspek tadbir urus, akauntabiliti, integriti serta pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap, telus dan berkesan.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan kepentingan memperkukuh amalan pengurusan yang baik, pematuhan terhadap peraturan dan tatacara kewangan serta usaha penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Datuk Bandar Ipoh merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta menyifatkan hubungan dan kerjasama erat dengan Jabatan Audit Negara sebagai elemen penting dalam membantu MBI memperkukuh sistem tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan setiap sumber awam diurus secara berhemah, telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Menurut beliau, amalan tadbir urus yang baik bukan sahaja menjadi asas kepada pengurusan organisasi yang cekap, malah penting dalam meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap keupayaan pihak berkuasa tempatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti.

MBI akan terus komited dalam memperkasakan budaya kerja yang berintegriti dan berakauntabiliti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pengurusan organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Komitmen ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Perak Sejahtera 2030 serta hala tuju Ipoh Bestari Sejahtera dalam usaha mewujudkan sebuah pentadbiran bandar raya yang cekap, responsif dan berorientasikan kepentingan rakyat.

Kunjungan hormat ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua organisasi serta membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan kepakaran dalam usaha meningkatkan tahap tadbir urus, akauntabiliti serta mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.

808221026 1477685674383948 2028069568308595777 N
799985828 1477685791050603 372562004253436461 N
800098578 1477685797717269 1275630231328605245 N
800116796 1477685694383946 4498149129019751859 N
808081894 1477685821050600 634974544752942012 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7134402