Ipoh, 29 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima lawatan penandaarasan delegasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP Sabah) di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, hari ini.
Delegasi diketuai oleh YBhg. Dato’ Jumain bin Abdul Gahni, Setiausaha Tetap KKTP Sabah, bersama wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dari seluruh Sabah.
Lawatan ini menjadi wadah perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam memperkasa perancangan serta pembangunan bandar mampan yang inklusif dan berdaya tahan, demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara holistik.
Terdahulu para delegasi telah diberikan taklimat oleh Tuan LAr. Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Ketua Unit Ekonomi Donat dan Penyelidikan MBI, mengenai pendekatan pembangunan bandar mampan berteraskan prinsip ekonomi donat.
MBI terus komited memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan PBT bagi memperkasa agenda pembangunan bandar mampan ke arah persekitaran bandar yang berkualiti dan lestari.