Aktiviti & Berita

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 DAN PERASMIAN MASJID IMAM AS-SYAFIE

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 DAN PERASMIAN MASJID IMAM AS-SYAFIE
Ipoh, 30 Ogos 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 serta Perasmian Masjid Imam As-Syafie yang berlangsung di Masjid Imam As-Syafie, Hala Meru Utama 1, Ipoh, malam ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir ke majlis yang penuh keberkatan tersebut.

Pada majlis berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menyempurnakan perasmian Masjid Imam As-Syafie, sekali gus menandakan pembukaan rasmi masjid tersebut sebagai pusat ibadah dan pengimarahan masyarakat setempat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, keamanan dan kesejahteraan berterusan buat Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Penganjuran majlis ini merupakan antara pengisian kerohanian sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2026, sekali gus menjadi wadah untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan, keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan yang terus dinikmati oleh seluruh rakyat.

Program keagamaan seumpama ini juga menjadi medium penting dalam menyemarakkan semangat cintakan negara berteraskan nilai keimanan, perpaduan dan kebersamaan, di samping memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ia turut mencerminkan bahawa semangat patriotisme bukan sahaja diterjemahkan menerusi sambutan dan pengibaran Jalur Gemilang, malah turut dizahirkan melalui rasa syukur, doa serta tekad bersama untuk terus memelihara keamanan dan kemakmuran negara demi generasi akan datang.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah sebelum DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat meninggalkan majlis.

788777967 1464786715673844 1479283674241878848 N
788777974 1464786529007196 5250882808164918670 N
788898965 1464786639007185 999842567075859393 N
789223785 1464786589007190 1433025132219982119 N
789314357 1464786492340533 2537933709262468381 N
789719623 1464786619007187 3640559324339252141 N
790090036 1464786705673845 7115306328290788506 N
790310355 1464786499007199 2348115345758553801 N
790434560 1464786665673849 6095767279816961341 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7083086