Aktiviti & Berita

MAJLIS PERASMIAN MALAYSIAN CULTURE & LANGUAGE IMMERSION PROGRAM (M-CLIP) 2025 MERIAH DI IPOH

Ipoh, 27 Julai 2025 – Malaysian Culture & Language Immersion Program (M-CLIP) 2025 telah dirasmikan di MU Hotel, Jalan Chung On Siew, Ipoh pagi ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, yang mewakili Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah.

Majlis berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antarabangsa, Madam Kang Da-Eun, Setiausaha Agung Tourism Promotion Organization (TPO) for Global Cities, serta wakil rasmi TPO dari Busan, Korea Selatan, Cik Jiae Seo. Turut hadir ialah barisan kepimpinan MBI dan wakil agensi pelancongan negeri termasuk Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh, Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI, Encik Zulhymi Effendy bin Zakaria, Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, YBhg. Datuk Haji Mohd. Odzman bin Abdul Kadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Perak dan Encik Mohd. Tajuddin bin Mohd. Tahir, Pengerusi Persatuan Warisan Perak.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Ahmad Munir menzahirkan rasa bangga atas penganjuran program berskala antarabangsa ini yang menjadikan Ipoh sebagai platform utama pertukaran budaya dan ilmu.

“Program ini bukan sekadar pertukaran budaya, malah menjadi jambatan antara negara, satu bentuk penghargaan terhadap kepelbagaian, serta wadah kepada pemahaman mendalam antara masyarakat berlatarbelakangkan budaya yang berbeza,” ujar beliau.

Beliau turut memperkenalkan Ipoh sebagai sebuah bandar yang kaya dengan sejarah kolonial, gua batu kapur yang menakjubkan, warisan budaya pelbagai kaum serta terkenal dengan kepelbagaian juadah tempatan yang menggamit selera.

M-CLIP 2025 menghimpunkan peserta dari pelbagai negara yang akan mengikuti pengajaran Bahasa Melayu, serta menyelami kebudayaan Malaysia menerusi aktiviti menarik seperti persembahan tarian tradisional, lawatan ke tapak warisan sejarah, bengkel masakan tempatan dan sesi interaksi bersama komuniti setempat.

Program ini juga merangkumi lawatan ke beberapa bandar di bawah rangkaian TPO di negeri Perak seperti Kampar, Taiping dan Manjung, bagi memperluaskan pemahaman peserta terhadap keunikan warisan dan budaya tempatan.

“Saya berharap ikatan yang terjalin sepanjang program ini akan terus mekar walaupun anda telah pulang ke negara masing-masing,” tambah beliau, sambil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk pasukan penganjur, fasilitator dan para sukarelawan.

Majlis diakhiri dengan pengisytiharan rasmi pembukaan Malaysian Culture & Language Immersion Program 2025, yang sekali gus menandakan komitmen berterusan Bandaraya Ipoh dalam memperkukuh jalinan budaya antarabangsa dan menjadikan Ipoh sebagai hab diplomasi budaya serantau.

523583967 1134433165375869 8832624744885132475 N
523768123 1134433282042524 8251624700854131074 N
523880136 1134433095375876 3751740498229478166 N
523903924 1134432998709219 1336368437631925249 N
523943531 1134433038709215 2229913299085292378 N
523943532 1134432935375892 3592929826478197244 N
523961295 1134433115375874 6730202724039487440 N
524138285 1134434198709099 2197444922512934382 N
524152893 1134434272042425 5095984534687771722 N
524296454 1134433175375868 686081224608146669 N
524302402 1134433005375885 8399387828991159590 N
524327032 1134434182042434 3557200528590977495 N
524327341 1134433222042530 8513924258718379610 N
524328952 1134433258709193 2483613336640357619 N
524337626 1134434265375759 3386596206002992103 N
524366772 1134433292042523 7378724771038537489 N
524370488 1134433032042549 2754191612813738871 N
524426356 1134434248709094 3809230095186162488 N
524446869 1134433228709196 7565847966090773391 N
524557824 1134433248709194 7801596321785546983 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5824410