Aktiviti & Berita

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2025: KOLABORASI KOMUNITI DI SMK DR. MEGAT KHAS

Ipoh, 26 Julai 2025 – Program Gotong-Royong Madani 2025 anjuran SMK Dr. Megat Khas berlangsung meriah pagi ini dengan penyertaan aktif warga sekolah, komuniti setempat serta wakil agensi luar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Clr. Encik Lawrence a/l Palanisamy, Ahli Majlis MBI Zon Buntong bertempat di kawasan sekolah tersebut.

Dalam ucapannya, Clr. Lawrence menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah khususnya Pengetua, Puan Noranida binti Ahmad, atas jemputan dan usaha menjayakan program berkonsepkan Malaysia Madani itu. Beliau turut menyatakan rasa bangga atas komitmen sekolah dalam menerapkan nilai murni melalui pendekatan gotong-royong yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti.

“Program gotong-royong seperti ini bukan sekadar pembersihan fizikal, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai Madani seperti kerjasama, kasih sayang, hormat-menghormati dan tanggungjawab bersama,” jelas beliau dalam ucapan perasmiannya.

Beliau menambah bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa menyokong program berbentuk komuniti seperti ini, khususnya di Zon Buntong yang kaya dengan semangat kejiranan dan potensi sosial. Clr. Lawrence turut mencadangkan agar program seumpama ini dijadikan acara tahunan dan diperluaskan ke kawasan perumahan serta ruang awam sekitar.

Program ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan sekolah, penanaman pokok, dan ceramah kesedaran alam sekitar. Ia turut mendapat kerjasama daripada agensi-agensi tempatan serta sokongan kuat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Program Gotong-Royong Madani 2025 ini bukan sahaja berjaya menceriakan persekitaran sekolah, tetapi turut menyemai semangat perpaduan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan warga SMK Dr. Megat Khas dan komuniti sekitarnya.

522714860 1133782228774296 541162548870130035 N
523316487 1133782195440966 699556400155166197 N
523399447 1133782185440967 6071702708968663352 N
524056006 1133782248774294 1389307676628980383 N
524313458 1133782222107630 5374234701778094820 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5824389