Aktiviti & Berita

MAJLIS RAMAH MESRA PPTD PERAK BERSAMA ALUMNI PTD ERAT HUBUNGAN SILATURAHIM DAN KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Kangsar, 17 November 2026 – Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Negeri Perak terus memperkukuh jaringan kerjasama serta hubungan silaturahim dengan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menerusi penganjuran Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam PPTD Perak Bersama Alumni PTD.

Majlis yang berlangsung di Hotel Casuarina@Kuala Kangsar itu menjadi platform mempererat hubungan profesional, di samping menggalakkan perkongsian pengalaman dan kepakaran antara pegawai perkhidmatan awam dengan alumni PTD.

Antara yang hadir ialah YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi PPTD Cawangan Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak serta Encik Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Delegasi Alumni PTD turut dijadualkan meneruskan program lawatan ke Geopark Lenggong dan Galeri Arkeologi Lenggong bagi mengenali keunikan warisan sejarah, khazanah arkeologi serta potensi pelancongan negeri Perak.

910271300 1595094145976433 7202466530923535162 N
910540249 1595094325976415 9149099992116415078 N
910540323 1595094089309772 7394664569167653399 N
910540685 1595094312643083 1955585533155590031 N
910541350 1595094215976426 2110748788562640672 N
910541917 1595094075976440 3828806343224448610 N
910542021 1595094299309751 4282716370124053657 N
911453037 1595094139309767 6043017801610686579 N
912571053 1595094245976423 5259359073242502213 N
913376602 1595094209309760 4176640501361559637 N
913398398 1595094185976429 4928329807393652419 N
914637796 1595094252643089 3922549594694448147 N
915068281 1595094289309752 3367808174606101322 N
915128173 1595094169309764 4116774823087584777 N
916045013 1595094372643077 3610400305786500117 N
}
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  •  Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7449837