IPOH, 24 November 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus memperkasa usaha membudayakan nilai integriti dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja menerusi penganjuran Program Ceramah Kesedaran Integriti.
Penganjuran program ini memberi penekanan terhadap pengukuhan nilai amanah, akauntabiliti dan etika kerja sebagai asas pembentukan budaya organisasi yang berintegriti, sekali gus mendukung prinsip Malaysia MADANI serta aspirasi Ipoh Bestari Sejahtera.
Program tersebut menampilkan Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Negeri Perak, yang menyampaikan ceramah bertajuk “FOMO (Fear of Missing Out) Hari Ini, Beban Hari Esok”.
Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan, MBI itu menghimpunkan kira-kira 100 anggota MBI daripada pelbagai jabatan.