Ipoh, 19 November 2026 – Kuliah Agama Bersama YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, telah berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam tadi sebagai wadah penghayatan ilmu agama dan pengukuhan nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat.
Program berkenaan turut dihadiri YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, isteri Menteri Besar Perak merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).
Hadir sama ialah YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan; YB Dato’ Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; YBhg. Sahibus Saadah Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan YBrs. Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Kuliah agama telah disampaikan oleh penceramah jemputan, SF Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, bertajuk “TVET Membina Kemahiran, Islam Membentuk Insan” mengetengahkan kepentingan keseimbangan antara penguasaan kemahiran teknikal dan pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.
Pengisian program turut diserikan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.