Aktiviti & Berita

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 8/2026

23 November 2026, Ipoh - Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-8 Tahun 2026 telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pagi tadi.

Program inisiatif Kerajaan Negeri ini menyediakan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan aduan dan keperluan, malah memastikan aspek kebajikan terus diberi perhatian melalui penyampaian perkhidmatan serta bantuan secara langsung.

Hadir sama pada program berkenaan, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan dan badan berkanun.

Menerusi Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-8 Tahun 2026, sebanyak 184 aduan telah diterima, manakala 81 peratus daripada keseluruhan 1,426 aduan yang direkodkan sehingga Siri Ke-7 telah berjaya diselesaikan.

Bersempena program berkenaan turut diadakan, penyerahan sumbangan Wakalah Zakat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) Daerah Kinta turut diadakan dengan melibatkan 38 penerima yang disampaikan YAB Menteri Besar Perak.

920633171 1600260895459758 3783995176729771824 N
921348261 1600261062126408 2369706610304722564 N
921778788 1600261098793071 1218784905240631786 N
922708592 1600260888793092 4477145718712056463 N
922777936 1600260835459764 4458481345244975949 N
924770578 1600261128793068 700242497129592474 N
924818182 1600261005459747 1267185988982407240 N
925175086 1600260828793098 8826574794640070414 N
926463286 1600261042126410 2856549015654996490 N
926736595 1600260945459753 4607216591193593904 N
927205092 1600260935459754 5586496875048729220 N
}
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  •  Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7449682