Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDA ARAS MBPP KE MBI MEDIUM PERKONGSIAN KEPAKARAN DALAM PENGURUSAN OSC

Ipoh, 26 November 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima kunjungan delegasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sempena Lawatan Penanda Aras Unit Pusat Setempat (OSC) dan Agensi Teknikal Dalaman MBPP yang berlangsung selama dua hari bermula 25 November 2026.

Lawatan ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan menerusi perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan Sistem OSC 3.0 PLUS Online, khususnya dalam pengurusan permohonan pelan pemajuan.

Delegasi seramai 26 orang itu diketuai oleh Encik Mohd Izad bin Yahya, Pegawai Perancang Bandar dan Desa selaku wakil Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) MBPP, bersama pegawai daripada pelbagai jabatan teknikal.

Antara pengisian utama program termasuk sesi lawatan teknikal, taklimat berkaitan isu strata dalam permohonan pelan pemajuan serta perkongsian mengenai pelaksanaan Sistem OSC 3.0 PLUS Online di MBI. Delegasi turut dibawa melawat Tasik Cermin, antara destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi yang menjadi tarikan utama di bandar raya Ipoh.

Penganjuran program ini menjadi medium pertukaran pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT), sekali gus memperkukuh kecekapan pengurusan serta mutu penyampaian perkhidmatan dalam aspek kawal selia pembangunan perbandaran.

926656198 1605092338309947 3428026981582781396 N
927709658 1605107278308453 3055075105101469791 N
928441856 1605102818308899 3982283966595983304 N
933948305 1605109684974879 2496786802891590601 N
935653898 1605104944975353 4593694767668765563 N
935666847 1605100181642496 8967805564994879139 N
935739200 1605098094976038 5867752438344322392 N
935781997 1605095604976287 7038202194416749083 N
WhatsApp Image 2026 11 27 At 161615
925879271 1605111301641384 3208364939831059214 N
926787056 1605112794974568 76324775828762917 N
930282835 1605119051640609 5543055627589170139 N
932263652 1605114494974398 5520488611861064650 N
935739696 1605117044974143 7014993937239308546 N
}
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  •  Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7449687