Ipoh, 23 Oktober 2026-Dalam usaha mempekukuh kefahaman berhubung pengurusan dan pematuhan keselamatan perlindungan.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan buat anggota majlis, pada program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman anggota secara komprehensif berhubung aspek pengurusan serta pematuhan terhadap dasar dan prosedur keselamatan perlindungan di MBI.
Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan mengenai kaedah pelaksanaan penilaian kendiri kepada pasukan juruaudit keselamatan perlindungan sebagai persediaan menghadapi sesi pengauditan yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober 2026.
Kursus sehari ini telah disampaikan oleh Encik Aminuddin bin Ramli, Penolong Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak.