Taichung, Taiwan, 16 September 2026 - Tuan A’zman b. Mohd Harun , Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh telah mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bagi menerima pengiktirafan anugerah Outstanding Member Promotion di Tourism Promotion Organization for Global Cities (TPO) Forum hari ini.
MBI dikurniakan pengiktirafan tersebut berdasarkan rekod serta komitmen penyertaan yang proaktif, mengambil inisiatif dalam melaksanakan agenda-agenda TPO dan sentiasa memberi kerjasama serta berhubung baik dalam memajukan industri pelancong di IPOH.
Turut hadir ialah Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja Awam MBI dan Encik Mohd Sukhaile bin Mustafa, Penolong Jurutera Kanan Kerja Awam (Jalan) MBI.
Pencapaian ini menjadi satu lagi pemangkin kepada MBI untuk terus memperkukuh kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan supaya dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Bandar Raya Ipoh. MBI akan terus memperluas jalinan kerjasama strategik, meneroka penggunaan teknologi baharu serta menambah baik amalan mesra pelancong dengan aspirasi untuk merealisasikan Bandar Raya Ipoh yang lebih selamat dan pintar pelancong.
#mbioutstandingmemberpromotion#tpotaichungtaiwan2026