Aktiviti & Berita

MBI TERIMA TAJAAN 1,000 KEPING JALUR GEMILANG DARIPADA PPKMP SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

Ipoh, 27 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima tajaan sebanyak 1,000 keping Jalur Gemilang daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak (PPKMP) bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Tajaan berkenaan telah diterima oleh Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, mewakili MBI dalam satu majlis penyerahan simbolik yang diadakan sempena kunjungan hormat Jawatankuasa PPKMP ke MBI.

Delegasi PPKMP diketuai oleh Presidennya, Puan Alfizamunira binti Abd Muin, bersama barisan jawatankuasa persatuan.

Sumbangan Jalur Gemilang tersebut merupakan tanda penghargaan dan sokongan PPKMP terhadap usaha berterusan MBI dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga bandar raya Ipoh.

Sebanyak 1,000 keping Jalur Gemilang yang diterima akan digunakan bagi tujuan edaran dan pemasangan di sekitar bandar raya Ipoh, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

MBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPKMP atas sumbangan serta komitmen yang ditunjukkan dalam bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara dan rasa bangga terhadap Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan serta perpaduan rakyat Malaysia.

Kunjungan hormat berkenaan turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan dan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara MBI dengan PPKMP, khususnya dalam usaha membangunkan bandar raya Ipoh serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

MBI berharap kerjasama seumpama ini dapat terus diperkasakan dan menjadi contoh kepada persatuan, badan bukan kerajaan, komuniti serta sektor swasta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
“Berkhidmat Untuk Negara”

787406047 1461966085955907 6181570963005394693 N
787406101 1461966115955904 4236738515223893135 N
787406107 1461966075955908 1399367346571982797 N
787406152 1461966015955914 4318671216329204057 N
787406347 1461966012622581 3420136696931350394 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7066436