Aktiviti & Berita

MBI TUMBANGKAN FBC 5–4, RANGKUL KEJUARAAN LAWN BOWLS KBS MASTERS 2026

Ipoh, 12 September 2026– Pasukan Boling Padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Juara Lawn Bowls KBS Masters 2026 selepas menewaskan pasukan FBC dengan keputusan 5–4 dalam aksi final yang sengit dan penuh mendebarkan.

Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berlangsung di Arena Lawn Bowls Perak, Kompleks Sukan Ipoh itu menyaksikan pasukan MBI tampil penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang tinggi sepanjang saingan.

Dalam perlawanan akhir, kedua-dua pasukan memberikan tentangan sengit sebelum MBI berjaya memastikan kemenangan tipis 5–4, sekali gus mengesahkan gelaran juara dan membawa pulang kejayaan yang cukup bermakna buat seluruh warga Majlis Bandaraya Ipoh.

Pasukan MBI diwakili oleh Nur Fidrah binti Noh, Azlan bin Mahamud, Abdul Rashid bin Abdul Talib, Muhammad Hafizan bin Muhammad Hassan dan Shahril bin Sabri.

Kemenangan ini mencerminkan kekuatan semangat berpasukan, ketahanan mental serta komitmen tinggi para pemain dalam menghadapi setiap cabaran sehingga ke peringkat akhir.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan atas kejayaan cemerlang tersebut.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama MBI dalam arena sukan boling padang, malah membuktikan bahawa warga Majlis sentiasa berupaya mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang menerusi semangat, disiplin dan kesungguhan yang tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga MBI untuk terus melakar pencapaian lebih gemilang serta membawa nama Majlis Bandaraya Ipoh ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

800497896 1477684994384016 4224201553505356260 N
810384268 1477684971050685 730941646678011159 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7134560