Parit Buntar, 22 Oktober 2026- YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, hari ini telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Kerian Industrial City (KIC) yang berlangsung di Parit Buntar, Perak.
Hadir sama pada program itu, YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak; YB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Perak; YB Teh Kok Lim Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak; YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan turut hadir YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Kehadiran Datuk Bandar Ipoh mencerminkan sokongan terhadap usaha pembangunan ekonomi negeri yang membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini.
Projek dibawah inisiatif PKNPk ini, dilaksanakan selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, khususnya Program Flagship 9: Program Mesra Pelabur. Dibangunkan di tapak seluas 287 ekar dengan nilai pembangunan kasar sekitar RM700 juta itu dijangka, mewujudkan hampir 12,000 peluang pekerjaan, selain membuka ruang kepada perusahaan tempatan, vendor dan industri sokongan untuk berkembang.