Aktiviti & Berita

SETIAUSAHA BANDARAYA HADIRI PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS MINI MURAL ART SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2026

Ipoh, 22 Ogos 2026 – Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini menghadiri Program Pertandingan Melukis Mini Mural Art Secara Atas Talian sempena Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Majlis serta Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Program anjuran MBI ini merupakan antara pengisian bersempena sambutan Bulan Kebangsaan yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara melalui medium seni serta kreativiti.

Pertandingan berkenaan turut menjadi platform kepada masyarakat, khususnya penggiat dan peminat seni, untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti menerusi penghasilan karya mini mural yang menampilkan elemen perpaduan, warisan, identiti tempatan serta keunikan gastronomi bandar raya Ipoh.

Program dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Gema Warisan Budaya (GWB) MBI sebelum diteruskan dengan pengisian utama program.

Tuan A’zman turut mengadakan sesi walkabout di sekitar Lorong Seni serta reruai Balai Seni Negara Cawangan Negeri Perak, selain meninjau aktiviti jualan kraftangan yang diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian program.

Dalam majlis berkenaan, Setiausaha Bandaraya turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sebagai tanda penghargaan terhadap kreativiti, usaha dan komitmen para peserta dalam menghasilkan karya seni yang mencerminkan semangat kemerdekaan, perpaduan serta keharmonian masyarakat Malaysia.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja berupaya mencungkil dan mengetengahkan bakat seni dalam kalangan masyarakat, malah dapat menghidupkan suasana di Lorong Seni @ Lorong Panglima sebagai salah satu tarikan seni, budaya dan pelancongan yang unik di bandar raya Ipoh.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan Gema Warisan Budaya (GWB), jualan kraftangan serta penglibatan dan kerjasama Balai Seni Negara Cawangan Negeri Perak.

MBI akan terus menyokong penganjuran program yang berteraskan seni, budaya dan warisan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh identiti serta daya tarikan Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang kreatif, berbudaya, inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi Ipoh Bestari Sejahtera.

783111007 1457753989710450 4220663986416765861 N
783592812 1457754003043782 1650634392864276193 N
783731198 1457753979710451 3854825112501644390 N
783755848 1457753879710461 8606197310338757799 N
783857980 1457753919710457 5191141553071837655 N
783857983 1457753956377120 2678250113388722184 N
784030998 1457753926377123 6566210573567552714 N
784080457 1457753963043786 3687689959174595765 N
784182555 1457753869710462 644673152326768838 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 24/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7053627