Aktiviti & Berita

TAHNIAH...MBI DENGAN KERJASAMA PLAN MALAYSIA & MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS RANGKUL WINNER AWARD FOR OUSTANDING PLANNING ACHIEVEMENT IN THE COMMONWEALTH SEMPENA ANUGERAH COMMONWEALTH ASSOCIATION of PLANNERS (CAP AWARDS)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • TAHNIAH...MBI DENGAN KERJASAMA PLAN MALAYSIA & MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS RANGKUL WINNER AWARD FOR OUSTANDING PLANNING ACHIEVEMENT IN THE COMMONWEALTH SEMPENA ANUGERAH COMMONWEALTH ASSOCIATION of PLANNERS (CAP AWARDS)
8 November 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Plan Malaysia dan Malaysian Institute of Planners telah melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila merangkul
WINNER AWARD FOR OUSTANDING PLANNING ACHIEVEMENT IN THE COMMONWEALTH) sempena Anugerah Commonwealth Association of Planners (CAP AWARDS] bagi kategori 'Planning for the Conservation of the Built and Natural Environment and Cultural Heritage' dalam Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 di Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya pagi tadi.

Tpr. Haji Mohd Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh telah menerima anugerah berkenaan daripada Miss Eleanor Mohammed, President CommonwealthAssociation of Planners. MBI merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia telah menerima anugerah tersebut.

Anugerah CAP adalah anugerah yang diberikan untuk Pencapaian Perancangan Cemerlang di seluruh negara Komanwel dalam usaha untuk mempersembahkan contoh terbaik dari segi amalan perancangan di seluruh negara Komanwel. 

Tujuan Anugerah CAP diadakan adalah untuk:
  • ​Menyebarkan amalan perancangan yang cemerlang di negara Komanwel, seterusnya boleh diterimapakai di seluruh negara Komanwel yang lain
  • Menunjukkan peranan penting yang dimiliki oleh perancang dalam merancang negara Komanwel untuk membantu mewujudkan komuniti yang berdaya tahan dan mampan serta tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua
  • Mempromosikan bagaimana sains dan perancangan boleh memberi manfaat kepada orang ramai dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di negara Komanwel
Anugerah CAP mempertandingkan 6 kategori bagi tahun 2023 yang meliputi:
  • Planning for the Climate Emergency/Move to Net Zero
  • Planning for Cities and Human Settlements/Plan Making in the Commonwealth
  • Planning for Equitable and Inclusive Cities and Human Settlements
  • Planning in Response to Natural or Technological Disasters
  • Planning for the Conservation of the Built and Natural Environment and Cultural Heritage
  • Young Planner Award - essay entry on the topic: Planning for Sustainable, Resilient and Inclusive Communities: leveraging technological innovation and increasing public participation.
Tujuan Majlis Bandaraya Ipoh mempertandingkan Concubine lane di bawah tajuk “Rejuvenation Of Concubine Lane” di bawah kategori “Planning for the Conservation of the Built and Natural Environment and Cultural Heritage” adalah bagi menerangkan satu inisiatif, projek dan usaha dalam menambah baik, membangun semula, memperbaharui dan mengekalkan lorong belakang atau lorong sisi sebagai sebahagian daripada pemuliharaan warisan pada masa lalu tetapi memberikan rupa baharu yang segar dengan ruang awam kreatif ditakrifkan semula.

Warisan budaya dikekalkan sebagai Concubine Lane ialah jalan bersejarah di Ipoh, terkenal dengan warisan yang kaya dan seni bina yang menarik Kejayaan mengubah Concubine Lane menjadi tarikan pelancong bukanlah berlaku secara tiba-tiba dan tidak dirancang tanpa sebarang kawalan daripada pihak Bandaraya Ipoh Majlis sebagai pihak berkuasa tempatan. Ia adalah hasil daripada perancangan jangka panjang dan melalui beberapa siri rancangan pembangunan yang telah disediakan. Walaupun rancangan pembangunan yang menjadi panduan untuk mengawal pembangunan telah diubah beberapa kali, tetapi mempunyai kesinambungan dengan konsep mengekalkan nilai sejarah dan seni bina bangunan untuk warisan bandar. Dasar kepada menyelenggara fasad bangunan sedia ada di kawasan terpilih terutamanya di kawasan bandar Lama juga masih diteruskan.
 
Kolaborasi antara Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Institut Perancang Malysia menjadi tonggak kepada kejayaan pencalonan ini.

Untuk makluman, segala urusan penyertaan dan penyediaan dokumen cadangan bagi memasuki pencalonan ini disediakan oleh , Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan dibantu bersama oleh Majlis Bandaraya Ipoh dari segi dokumentasi, penceritaan dan penyertaan ini juga menerima sokongan penuh dari Lembaga Perancangan Malaysia Antara impak dan kelebihan memperolehi Anugerah CAP ini adalah pelbagai terutamanya mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan seterusnya dikenali di platform antarabangsa.

Selain itu, melalui proses pemulihan dan pemuliharaan bangunan lama yang usang serta mengekalkan budaya dan warisannya yang kaya seperti kes di Concubine Lane, bukan sahaja pelancongan warisan boleh dipertahankan, tetapi juga kemampanan secara keseluruhan untuk masa kini dan generasi akan datang dapat dipelihara. Beberapa matlamat berkaitan jangka pendek dan sederhana yang diperoleh daripada pencapaian ini adalah :
- Meningkatkan bilangan pelancong;
- Peningkatan nilai sewaan terhadap kedai lama di Concubine Lane;
  *Rental value of double storey shop house at concubine lane increase to RM7,900
- Pembukaan tempat-tempat menarik dan unik.
- Kewujudan kafe hipster yang tumbuh di sekitar Concubine Lane telah meletakkan Ipoh sebagai destinasi keenam paling menarik oleh ”Lonely Planet”.
- Menjamin kestabilan pekan lama Ipoh

Pemeliharaan bangunan lama dan rumah kedai menyebabkan kawasan tersebut lebih nyaman dan sejuk. Dengan pengurangan jejak karbon, kawasan itu bukan sahaja mendapat manfaat daripada pelancongan warisan tetapi juga bergerak ke arah kawasan yang lebih mampan.

Semoga anugerah yang diperolehi tersebut akan menjadi pemangkin kearah menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.

399944334 715725923913264 3090629367443702997 N
400310854 715721507247039 104369792884688199 N
400352731 715721783913678 2853546108096654811 N
400380654 715721650580358 8041440153324411784 N
400402814 715721933913663 2828359198773549598 N
400410469 715722060580317 7038135434084839983 N
400678786 715722330580290 7662502891260054753 N



mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5579712