Aktiviti & Berita

THE 10th TOURISM PROMOTION ORGANIZATION FOR GLOBAL CITIES (TPO) FORUM IN TAICHUNG TAIWAN

Taichung, Taiwan, 16 September 2026 - Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya bersama Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja Awam Bandaraya dan Encik Mohd Sukhaile bin Mustafa, Penolong Jurutera Kanan (Jalan) telah menghadiri Tourism Exchange & Partnership Program yang berlangsung di Taichung, Taiwan.

Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya bersama delegasi-delegasi TPO telah menghadiri The 47th Executive Committee Meeting. Mesyuarat ini merupakan satu platfom untuk mewujudkan peluang kolaborasi dan menguatkan kerjasama antara semua bandar yang menyertai Forum TPO melalui sektor pelancongan.

Majlis Bandaraya Ipoh turut dijemput bagi menyampaikan pembentangan bertajuk IPOH Limestone City Of Shared Value di sesi City Tourism Policy & Partnership Briefing yang melibatkan pelbagai Bandar ternama seperti Busan, Ho Chi Minh, Gimhae dan sebagainya. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja Awam Bandaraya.

Program hari ini diakhiri dengan sesi khas untuk Cooperation & Partnership iaitu merupakan satu sesi khas bagi menguatkan lagi kerjasama rangkaian gerak kerja TPO dalam membangunkan sektor pelancongan di bandar yang terlibat.

#mbitpotaichungtaiwan
#limestonecityofsharedvalue

814498991 1481039874048528 5229148633124445455 N
814535649 1481039917381857 7861234772724338001 N
814762141 1481039940715188 1463672439270102792 N
815542202 1481039727381876 814538647367776985 N
815738016 1481039864048529 1502206591910638886 N
814409818 1481039900715192 4087994158404692306 N
797755533 1481039734048542 2548212282922149070 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 07/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7229160