Aktiviti & Berita

MAJLIS PELANCARAN ART BLOC

17 Disember 2024 – Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Art Bloc di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI tengahari tadi.

Art Bloc yang terletak Bangunan Stor Tasek Ipoh menjadi salah satu mercu tanda baharu, yang berpusat di Ipoh berfokuskan kepada lima bidang utama: Seni, Fesyen, Filem, Makanan, dan Muzik.

Inisiatif ini bertujuan mempromosikan budaya dan pembangunan Industri Kreatif melalui interaksi, pameran dan pendidikan sekali gus menjadi platform budaya yang bertaraf antarabangsa.

Program pelancaran pada hari ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Cik Sims Lai, Presiden Pertubuhan Kebajikan A2Z, Encik Jeff Lai, Pengasas Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Chang Ko Youn, Penasihat Kehormat Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Dato' Gan Tack Kong, Penasihat Pertubuhan Kebajikan A2Z, Y.Bhg. Datin Winnie Loo, Presiden Branding Association of Malaysia, Y.Bhg. Dato' Jennifer Ong, Timbalan Presiden Branding Association of Malaysia dan Encik Yazid bin Abdul Karim, Presiden Persatuan Pelukis Perak.

470169477 971475271671660 4064431883654838784 N
470178324 971475298338324 6731089221562136205 N
470192618 971475191671668 6961530220233983168 N
470198075 971475268338327 2773321640142218928 N
470206113 971475201671667 1858488619284193025 N
470230960 971475365004984 5871963345969047123 N
470239909 971475178338336 1215395457942626198 N
470243269 971475381671649 2500999466612627143 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5577627