Aktiviti & Berita

BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2025M / 1446H

24 Januari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah meluluskan hak penganjuran kepada 5 Persatuan Penjaja, 3 Persatuan Penduduk, 2 AJK Masjid/Surau, 1 Koperasi Penjaja, 1 JPKK, dan 2 agensi swasta sebagai Penganjur Bazar Ramadan untuk 23 lokasi bagi tahun 2025M/1446H.

Satu sessi Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan MBI bagi tahun 2025M / 1446H telah diadakan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh bagi penganjur-penganjur yang berjaya mendapat hak penganjuran.

Sessi ini dipengerusikan oleh YBhg. Clr Datuk Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis, MBI. Turut dihadiri YBhg. Clr. En. Mohamed Helmi bin Mohamed Faiz dan YBhg. Clr. En. Ahmad Farid Walit bin Ahmad Puad, Taklimat syarat-syarat penganjuran Bazar Ramadan telah disampaikan oleh En. M Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya dan Taklimat pelesenan telah disampaikan oleh En. Sharulnizam bin Jaafar, Pengarah Pelesenan Bandaraya. Para peniaga boleh menghubungi penganjur-penganjur yang tersenarai sekiranya berminat untuk berniaga di Bazar Ramadan pilihan.

 Sila bertindak segera kerana bilangan petak adalah terhad di setiap lokasi. Semua peniaga juga adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi Taklimat Bazar Ramadan tahun 2025 yang akan dimaklumkan kelak melalui penganjur Bazar Ramadan masing-masing.


>>> SEMAK SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN MBI TAHUN 2025M / 1446H <<<


IMG 20250128 WA0002
IMG 20250128 WA0003
IMG 20250128 WA0004
IMG 20250128 WA0005
IMG 20250128 WA0006
IMG 20250128 WA0013
IMG 20250128 WA0014
IMG 20250128 WA0015
IMG 20250128 WA0016
IMG 20250128 WA0017
IMG 20250128 WA0018



mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5577610