Aktiviti & Berita

MBI RAI 89 PESARA & WARIS

13 Februari 2025 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mewakili Datuk Bandar Ipoh meraikan 89 pesara dan waris sempena Majlis Jasamu Dikenang 2024 petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Pengerusi PUSPANITA MBI, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan ketua jabatan MBI.

Seramai 89 pesara dan waris terdiri daripada 62 bersara wajib, 18 bersara pilihan, 4 bersara sebab kesihatan dan 5 meninggal dunia telah diraikan dalam majlis tersebut.

Berucap pada majlis berkenaan, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya berkata penganjuran majlis ini adalah sebagai penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga pihak Majlis Bandaraya Ipoh atas segala khidmat bakti dan pengorbanan para pesara yang dicurahkan dengan penuh dedikasi.

Sesungguhnya khidmat bakti para pesara selama bertahun-tahun selama ini tiadalah boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah Jamuan Makan sahaja. Namun, majlis ini merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan MBI kepada para pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti meletakkan MBI antara Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik di Malaysia dengan penarafan 5 bintang.

Beliau mewakili warga Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan para pesara kepada MBI sehingga ke akhir perkhidmatan serta kepada waris pesara yang telah kembali rahmatullah.

Sesungguhnya sumbangan bakti inilah yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan MBI serta menjadi contoh kepada warga MBI yang masih berkhidmat.


476641683 1011246434361210 4888736097882667283 N
476916791 1011246467694540 180991284077906561 N
477006022 1011247457694441 8065710689568511737 N
477544206 1011247414361112 3680673628567781595 N
477719196 1011246394361214 8086754159419298267 N
477822889 1011246367694550 6145579293562683104 N
477832529 1011246311027889 5917946119576800483 N
478199075 1011246444361209 7979640878995523632 N
478355048 1011246477694539 7210656865080263466 N
478427257 1011246257694561 9132630580917538596 N
478804607 1011246287694558 5864252246989383009 N
479782863 1011246487694538 5344127083644500514 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5577616