Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS TAHUN 2024

13 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus Tahun 2024 pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI dan Wakil Peniaga Pasar Besar Ipoh.

Kempen ini adalah salah satu aktiviti berterusan selaras dengan sasaran Ipoh Bandaraya Terbersih. Pelaksanaan Pelan Tindakan Pemantauan Dan Kawalan Tikus (PTPKT 2.0) di Pihak Berkuasa Tempatan telah mula dilaksanakan pada tahun 2022 mengikut Pekeliling KSU. KPKT. Bil. 5/2017 iaitu Garis Panduan Kawalan Tikus di Pihak Berkuasa Tempatan.

Taklimat Pelaksanaan Pelan Tindakan Pemantauan Dan Kawalan Tikus Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 4 April 2024 secara dalam talian oleh pihak KPKT. MBI telah dicalonkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Perak untuk melaksanakan Kempen Membasmi Infestasi Tikus di Majlis Bandaraya Ipoh bagi tahun 2024.

Sasaran skop kawalan tikus di PBT pada tahun 2024 adalah melibatkan kategori Pasar Awam Utama dibawah seliaan PBT. Unit Kawalan vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, telah memilih Pasar Besar Ipoh untuk menjalankan kempen ini secara berfasa.

Tujuan Pelaksanaan Kempen Membasmi Infestasi Tikus di Pasar Besar Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2024 ini adalah untuk :-

i. Mencegah penularan pelbagai jenis penyakit bawaan tikus seperti Leptospirosis, Hawar (plaque), tifus, jangkitan cacing dan pelbagai jenis virus serta bakteria;

ii. Membasmi infestasi tikus di Kawasan yang dikenalpasti (Pasar Awam Utama PBT) dan mengurangkan populasi tikus sehingga mencapai sekurang-kurangnya Indeks Tikus 1;

iii. Meningkatkan tahap kecekapan PBT dalam kawalan tikus di Kawasan PBT termasuk pengurusan sampah organik dan kebersihan persekitaran bagi mencegahan infestasi tikus ;

iv. Memberikan pengiktirafan kepada PBT yang melaksanakan kempen basmi tikus dengan cemerlang serta mewujudkan pertandingan yang sihat di kalangan PBT.

Punca utama masalah urungan tikus di pasar awam utama Pasar Besar Ipoh adalah disebabkan oleh pengurusan sisa-sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan yang tidak sempura. Keadaan persekitaran seperti Lubang (burrows) di sekitar bangunan pasar, bekas-bekas penyimpanan polystyrene / kotak kadboard yang tidak bersih serta disimpan secara tidak teratur sehingga menjadi tempat urungan tikus.

Bilangan kejadian kes Leptospirosis disebabkan oleh tikus di Daerah Kinta telah mencatatkan peningkatan di mana tahun 2022 sebanyak 81 berbanding dengan 138 kes telah didaftarkan bagi tahun 2023. Sehingga Jun 2024 sebanyak 136 kes telah didaftar di Daerah Kinta.

Semua peniaga-peniaga Pasar Besar Ipoh perlu memberi kerjasama dalam menangani masalah urungan tikus dari segi aspek pelupusan sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan dengan membuang sisa jualan ke dalam karung plastik sampah dan mengikatnya dengan sempurna sebelum buang ke dalam tong sampah yang berpenutup.

Aktiviti kempen kawalan tikus ini telah mula dijalankan pada bulan Mei 2024 dan akan berlanjutan sehingga 31 Julai 2024 dan pelancaran kempen ini dilaksanakan pada hari ini.

Kerjasama dan komitmen peniaga-peniaga bagi menjayakan kempen ini amat diperlukan. Peniaga-peniaga diminta melaksanakan aktiviti pemasangan perangkap tikus yang dibekalkan dalam tempoh masa kempen. Peniaga-peniaga juga diminta untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran gerai pada setiap masa bagi membasmi urungan tikus di Pasar Besar Ipoh.

Sehingga Jun 2024, sebanyak 949 perangkap telah dipasang di sekitar Pasar Besar Ipoh dan sebanyak 485 ekor tikus telah ditangkap dan dilupuskan. Keputusan indeks tikus pada Mei 2024 adalah 3 (indeks tinggi) dan pada Jun 2024 keputusan indeks menurun kepada 2 (indeks sederhana).

Kempen ini diharap akan memberi kesedaran kepada peniaga-peniaga di Pasar Besar Ipoh serta orang awam dalam usaha untuk menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan kawasan persekitaran kita bebas tikus.

WhatsApp Image 2024 07 13 At 120849
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120849 1
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120850
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120850 1
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120850 2
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120851
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120851 1
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120851 2
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120852
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120852 1
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120853
WhatsApp Image 2024 07 13 At 120853 1
A1e938f1 A11d 4bd9 Aba0 7e30aa6fa803
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:16/07/2024| Visitors Count :5103324