15 Julai 2024 - Clr.Ng Haen Vee, Ahli Majlis MBI telah mempengerusikan Sidang Media Ekspo Perdagangan Antarabangsa berskala besar anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (ataupun juga dikenali Malaysia-China Chamber of Commerce, MCCC), cawangan Perak dari 1- 4 Ogos 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Ekspo Perdagangan Antarabangsa yang julung kalinya diadakan di Ipoh adalah anjuran bersama MBI dan MCCC Cawangan Perak dengan kerjasama MCCC Cawangan Pulau Pinang dan Kedah-Perlis sebagai rakan strategik. Ia turut mendapat sokongan daripada Tourism Perak, Lembaga Kemajuan Perindustrian@Perak Invest Perak dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Tema ekspo ini adalah Francais & Pelesenan, Perdagangan Digital A.I. serta Ekspo Perdagangan Produk Pengguna.
Ia bertujuan untuk memperkenalkan dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke.negeri Perak,
Pada masa yang sama, jemputan kepada usahawan antarabangsa turut dijalankan untuk melabur dan menubuhkan kilang di negeri Perak bagi meningkatkan ekonomi dan perdagangan serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Perak.
Ia bertepatan sekali dengan pelaksanaan Tahun Pelancongan Perak 2024 (Visit Perak 2024) dan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Semoga penganjuran ekspo ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih memahami berkaitan sektor ekonomi dalam pameran perdagangan antarabangsa terbesar yang akan dilangsungkan di Ipoh tidak lama lagi.