Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH LANCAR PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU AUTOMATIK “TRASH4CASH"

19 Mac 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik “Trash4cash” yang pertama di negeri Perak pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Encik Azmi bin Amin Sarji, Ketua Pegawai Eksekutif, Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB), Clr. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MBI dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.

Penubuhan Pusat Kitar Semula ini membuktikan komitmen MBI dan kesungguhan syarikat MUMSB untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang bersih, sihat dan sejahtera bagi penduduk setempat.
Kerjasama awam dan swasta ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat bagi merealisasikan hasrat MBI ke arah pengiktirafan Ipoh "Smart and Green City" 2030.

Selaras dengan era “Green and Digital Teknologi”, pengoperasian Pusat Kitar Semula “Trash4cash” ini akan menggunakan sepenuhnya aplikasi digital dan tenaga solar bagi tujuan pendaftaran, pemantauan dan komunikasi, kutipan dan pembayaran, dan juga maklumat aktiviti kitar semula.

Pusat Kitar Semula ini akan beroperasi tanpa pekerja pada setiap hari, 24 jam, 7 hari dan 365 hari setahun secara “Do It Youself”.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan kelancaran operasi, kaedah konvensional seperti meletakkan nama dan nombor telefon di atas pita pelekat juga akan digunakan bagi memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menggunakan fasiliti ini.

MBI yakin sebagai sebuah platform kitar semula digital yang pertama di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2020, aplikasi Trash4cash ini telah melalui fasa pembangunan, pengoperasian dan penambahbaikan dan ianya mampu membawa nilai tambah dan rangsangan positif kepada Pengurusan Sisa Pepejal di MBI dan di negeri Perak secara keseluruhannya.

Maklumat terperinci yang disediakan oleh aplikasi ini akan digunakan sewajarnya untuk membangunkan fasiliti yang berkaitan di masa akan datang.

Di samping perasmian Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik Trash4cash, MBI juga memutuskan untuk menggunakan aplikasi yang sama bagi kutipan bahan kitar semula secara rumah ke rumah di mana masyarakat dan juga industri boleh memohon kutipan bahan kitar semula dan mendapat ganjaran tunai secara atas talian di dalam tempoh 48 jam.

Walaubagaimanapun, MBI tidak menghalang pemain industri kitar semula sedia ada untuk meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa.

Bagi merancakkan lagi aktiviti kitar semula ini, dan sebagi komitmen “MBI Walk the Talks”, pengurusan dan seluruh warga MBI akan menyertai skim perlindungan insuran kemalangan diri “Trash4protection” yang menggunakan bahan kitar semula sebagai bayaran premium.

Skim ini mampu membantu masyarakat yang tidak berkemampuan untuk mempunyai skim perlindungan asas kesihatan diri, dan pada masa yang sama menjaga kelestarian alam sekitar.
Semua lapisan masyarakat yang akan menggunakan fasiliti ini sepenuhnya diharap akan memastikan kawasan persekitaran Pusat Kitar Semula ini bersih pada setiap masa.
Syarikat korporat juga disarankan untuk bersama-sama mengambil bahagian untuk menjayakan program kelestarian alam sekitar ini dengan membina lebih banyak lagi Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik ini di sekitar kawasan pentadbiran MBI.

Semoga segala usaha ini akan merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh “Smart and Green City” pada tahun 2030 serta memastikan agenda transformasi minda masyarakat ke arah membudayakan amalan kitar semula akan tercapai.

335444815 210519888238860 289159605742856411 N
336534922 629367999017127 890153904194545791 N
336539341 169358265909196 3144204052971221122 N
336544637 589040453251322 1437388060014058982 N
336546252 238626212027569 2273947526189850581 N
336564880 938753293827785 2479343509342006115 N
336647397 172933665139715 8010893955940050372 N
336870229 770384427634596 1382303723104350729 N
336872032 3385185525132986 7502861640757635448 N
336883534 888190698962491 3342757099465405943 N
336887749 605760687707948 6784741038309686634 N
336908748 142957648706992 2799418078176488650 N


mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:18/07/2024| Visitors Count :5103732