Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH HADIRI FORUM PERDANA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2026M/1448H

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • DATUK BANDAR IPOH HADIRI FORUM PERDANA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2026M/1448H
Ipoh, 14 Ogos 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menghadiri Forum Perdana Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026M/1448H yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, malam ini.

Program yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Kali Ke-69 itu membawa tema “Keamanan Menuju Negara Sejahtera”, selaras dengan usaha menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan kepada tanah air serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan berteraskan nilai keagamaan, keharmonian dan perpaduan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan, dif-dif jemputan serta masyarakat setempat.

Forum berkenaan menampilkan Brig Jen Haji Mohd Jihadi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat sebagai Panel 1 dan Dr. Muhammad Adib Samsuddin, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sebagai Panel 2. Forum dikendalikan oleh Ustaz Mohd Halim bin Mat Saman, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah selaku moderator.

Sebelum forum bermula, para hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Forum Perdana Merdeka kemudiannya berlangsung dengan mengetengahkan perkongsian dan kupasan berkaitan kepentingan memelihara keamanan, mengukuhkan perpaduan serta membina masyarakat yang sejahtera sebagai asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

Penganjuran forum ini turut menjadi wadah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam mempertahankan keharmonian, keamanan dan kedaulatan negara. Pada masa yang sama, program ini mengajak masyarakat mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi serta menghargai pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman dan makmur.

Kehadiran Datuk Bandar Ipoh dalam program tersebut mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam mendukung aspirasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk terus memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat, di samping menyokong penganjuran program-program yang menyumbang kepada pembentukan masyarakat madani dan sejahtera.

Program diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah sebelum majlis bersurai.

774448614 1451318990353950 466950662566935112 N
774468972 1451319400353909 8170976769261515252 N
774515295 1451318973687285 4877926472217540771 N
774597476 1451319437020572 3819225832056764557 N
774667937 1451319387020577 5874897983886180110 N
774796281 1451319027020613 3894735212354336543 N
774833116 1451319367020579 2919023902360084421 N
774833116 1451319473687235 2340166041121822922 N
774970171 1451319037020612 7613625297754387674 N
774994317 1451319677020548 2703726940406969331 N
775036953 1451319430353906 1663294795833785471 N
775048355 1451319500353899 303977703078290961 N
775973252 1451318933687289 5478883959596413849 N
776165907 1451319327020583 2263988330850730020 N
776634943 1451318943687288 6040077815436875419 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7032410