Aktiviti & Berita

IPOH LOW CARBON DAY SIRI KE-89 BERLANGSUNG MERIAH

Ipoh, 25 Oktober 2026 – Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Siri Ke-89 berlangsung meriah menerusi penganjuran program Yayasan Ipoh Colourbloom Fun Run yang menghimpunkan penyertaan kira-kira 1,000 peserta.

Program anjuran bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Yayasan Ipoh ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kelestarian persekitaran.

Bertemakan “Kecergasan Dalam Persekitaran Sihat”, larian sejauh lima kilometer (5KM) itu bertujuan memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan warga kota, selaras dengan aspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2030 yang menekankan aspek pencegahan penyakit, penjagaan kesihatan kendiri dan penglibatan komuniti secara menyeluruh.

Berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan, termasuk pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, saringan kesihatan serta gerai jualan usahawan tempatan.

Penganjuran ILCD Siri Ke-89 diharap dapat terus menyemarakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan gaya hidup sihat, di samping memperkukuh usaha menjadikan Ipoh sebuah bandar raya yang lebih sihat, lestari dan sejahtera untuk semua.

859640281 1566667508819097 2768019347564888438 N
859766604 1566667332152448 5914399526084407526 N
861755104 1566667462152435 1903034935737686005 N
861755106 1566667485485766 4816617636385991010 N
863063550 1566667418819106 511180519164346916 N
863382877 1568695595282955 7102028556933656774 N11
864101268 1566667375485777 3978630199812794764 N
865437815 1566667438819104 2384181695145332986 N
WhatsApp Image 2026 10 28 At 082614
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7308971