Aktiviti & Berita

KUNJUNG HORMAT PASUKAN TINJU DAN BOLA JARING SUKMA PERAK KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 4 Jun 2026 – Pasukan Tinju dan Bola Jaring SUKMA Perak hari ini mengadakan kunjung hormat kepada Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 10, Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda penghargaan serta bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak pengurusan sukan negeri dengan Majlis Bandaraya Ipoh, khususnya dalam menyokong pembangunan sukan dan persiapan atlet-atlet SUKMA Perak.

Delegasi Pasukan Tinju SUKMA Perak diketuai oleh Encik Mohd Shahril bin Baharudin, Pegawai Pembangunan Sukan Tinju, bersama Encik Azrilrizal bin Abd Aziz, Pengurus, Encik Muhamad Fauzi bin Abdul Rahman, Jurulatih SUKMA Negeri Perak dan Encik Mohd Azni bin Abdul Aziz, Jurulatih SUKMA Negeri Perak.

Turut hadir ialah wakil Pasukan Bola Jaring SUKMA Perak yang diketuai oleh YAM Tengku Datin Seri Noor Hazah Al Hajjah, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Perak, bersama Puan Siti Rafizah binti Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan Sukan Bola Jaring, Puan Noor Aini binti Taharin, Setiausaha Persatuan Bola Jaring Negeri Perak dan Puan Chong Chee Chin, Jurulatih SUKMA Negeri Perak.

Pertemuan ini turut menjadi platform perkongsian pandangan berhubung usaha memperkasa pencapaian atlet negeri, selain memberi suntikan semangat kepada para atlet dan pegawai yang terlibat dalam persediaan menghadapi kejohanan SUKMA.

Majlis Bandaraya Ipoh sentiasa menyokong usaha pembangunan sukan yang mampu melahirkan atlet berpotensi, berdisiplin dan berdaya saing, sekali gus mengharumkan nama negeri Perak di peringkat kebangsaan.

714737290 1388283829990800 3446545920278397974 N
714840254 1388283763324140 2649463251499399276 N
714852640 1388283846657465 8131115430283347738 N
714981512 1388283796657470 2142896622342719635 N
714998349 1388283893324127 6946847281321132023 N
715345958 1388283753324141 7446633393816443508 N
715434648 1388283823324134 5355550087857614933 N
717095594 1388283903324126 7499629496164583060 N
717154107 1388283803324136 2500881410920996206 N
718418561 1388283856657464 8188054591956984841 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6776792