Ipoh, 18 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lawatan penandaarasan daripada delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung dengan suasana mesra dan harmoni.
Delegasi seramai 13 orang itu diketuai oleh Ir. Rusnida Binti Talib, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Saliran DBKL disambut mesra oleh Puan Faridah Binti Abdul Aziz, Penolong Pengarah Kanan Korporat MBI serta Encik Shariza Bin Idris, Penolong Pengarah Kerja Awam (Pemajuan) MBI. Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah delegasi daripada Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) yang diketuai oleh Puan Hasnita Binti Amindollah, Pengurus Kanan KUDR
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu serta idea berkaitan prosedur pengurusan kerja korekan utiliti dan aspek tadbir urus yang dilaksanakan oleh pihak MBI bersama pihak KUDR. Delegasi juga turut dibawa melawat ke Konti Radio TV MBI bagi melihat sendiri pengurusan media yang dilaksanakan oleh pihak MBI
Sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Azlan Shah MBI telah disampaikan oleh Encik Shariza Bin Idris, Penolong Pengarah Kerja Awam (Pemajuan) MBI bersama dengan Puan Hasnita Binti Amindollah, Pengurus Kanan KUDR
Majlis turut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan.