Aktiviti & Berita

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA MOTAC KE TAPAK PROJEK PELANCONGAN DI SEKITAR IPOH

Ipoh, 28 Jun 2026 – YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), telah mengadakan lawatan kerja ke bandar raya Ipoh bagi meninjau perkembangan beberapa projek pembangunan dan naik taraf produk pelancongan yang dilaksanakan melalui peruntukan MOTAC.

Lawatan kerja tersebut bermula dengan pergerakan dari Hotel Weil, Ipoh ke Gunung Lang bagi melihat hasil pelaksanaan projek pembaikan Rumah Kutai yang telah siap dilaksanakan di bawah peruntukan Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) Tahun 2024.

Seterusnya, delegasi MOTAC meninjau lokasi cadangan projek naik taraf pencahayaan bagi dua buah jambatan di Kinta Riverwalk, yang telah diluluskan peruntukannya di bawah PPUN Tahun 2026.

Delegasi kemudian meneruskan lawatan ke tapak Projek Cadangan Menaik Taraf Kawasan Pelancongan di Kinta Riverwalk. Projek ini turut melibatkan pembinaan jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Kinta yang akan menghubungkan Pekan Lama dan Pekan Baru Ipoh. Kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dan dijangka siap pada bulan Ogos 2026.

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama-sama pegawai kanan kementerian, Majlis Bandaraya Ipoh serta agensi berkaitan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MOTAC dalam memperkukuh pembangunan produk pelancongan, kebudayaan dan warisan di Negeri Perak, khususnya di Ipoh sebagai antara destinasi tumpuan utama pelancongan negara.

Usaha ini juga diharap dapat meningkatkan daya tarikan bandar raya Ipoh, memperkukuh pengalaman pelawat serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan tempatan secara mampan.

#MOTAC #MajlisBandarayaIpoh #IpohBandarayaBestariSejahtera #VisitIpoh #VisitPerak #PelanconganPerak #KintaRiverwalk

731441830 1408230607996122 4144525686240004235 N
731461750 1408230571329459 3018930091322018731 N
731710672 1408230534662796 2251064157176611089 N
731754122 1408230554662794 5150312211016719292 N
731788089 1408230527996130 5688917617420508781 N
732018738 1408230664662783 2940200934893844496 N
732045791 1408230684662781 4344858478910389248 N
734664429 1408230634662786 3435475456747517541 N
734756349 1408230614662788 4367236711916552321 N
734973757 1408230641329452 1738747744623461689 N


 

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6833339