Aktiviti & Berita

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN BANDAR RAYA IPOH KE-38

Ipoh, 11 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 bertempat di Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh.

Majlis penuh keberkatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Ketua Jabatan, warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh, komuniti setempat serta jemaah Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Rapat.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan penghayatan nilai kerohanian, memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat, serta memohon keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran buat Bandar Raya Ipoh bersempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38.

Majlis turut diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre bertajuk “Keharmonian Masyarakat Majmuk: Identiti Bandar Raya Cemerlang”.

Menerusi ceramah tersebut, beliau menekankan bahawa sebuah bandar raya yang cemerlang bukan sahaja memerlukan perancangan bandar yang teratur dan mampan, malah perlu disokong oleh pembangunan insan yang seimbang.

Menurut beliau, kecemerlangan sesebuah bandar raya turut bergantung kepada masyarakat yang memiliki adab, akhlak mulia, sikap saling menghormati serta semangat perpaduan yang kukuh.

Pengisian ceramah berkenaan turut memberi penekanan terhadap kepentingan memelihara keharmonian masyarakat majmuk, memperkukuh hubungan antara kaum dan agama, serta membudayakan nilai toleransi dalam kehidupan seharian.

Nilai-nilai ini selaras dengan aspirasi Majlis Bandar Raya Ipoh dalam menjadikan Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang sejahtera, inklusif, harmoni dan cemerlang.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Rapat, para jemaah, komuniti setempat serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh dalam membangunkan bandar raya yang bukan sahaja maju dari aspek fizikal, infrastruktur dan perbandaran, malah turut menitikberatkan pembangunan nilai, pembentukan sahsiah, keharmonian sosial serta kesejahteraan komuniti.

720467640 1394233356062514 8509488217365655126 N
721104294 1394233399395843 5511423137577595696 N
721118779 1394233342729182 4579523307162253831 N
721118779 1394233392729177 5467303240006882141 N
721189417 1394233236062526 1384496518559507269 N
721368836 1394233202729196 1711193093104131487 N
721624970 1394233322729184 4494041614310346894 N
721995524 1394233229395860 9189473162301867276 N
722147386 1394233262729190 6827667891231872596 N
722183692 1394233379395845 8744387615588504414 N
722183696 1394233192729197 6422445611608866147 N
722215532 1394233286062521 6241306996402206996 N
723087048 1394233309395852 6419664997212256722 N
723256780 1394233422729174 8803923595073384717 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6776792